Khamis, 16 Mei 2013

                                                                              KISAH HIDUP KU.

Aku sekarang berusia 26 tahun. segala kenangan masih ada di ingatan ku. Bukan ku mencari simpati atau sengaja menceritakan ke maruah diri ini tapi hanya berkongsi keperitan dan kesedihan yang tidak mampu di simpan lagi. Kisah ini akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada sesiapa yang membaca nya.Tanggal 25.10.1987 itu lah hari aku dilahirkan tetapi disambut dengan kesedihan di mana datuk sebelah ibu ku meninggal dunia. dan selama hari itu sehingga sekarang aku tidak pernah manyambut hari jadi ku. Semasa aku masih bayi, aku di jaga oleh nenek ku sehingga aku mencecah umur 3 tahun. Walaupun pada umur 3 tahun, aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah dan juga ibu ku. Apa yang aku cuba lakukan semua nya salah di mata kedua orng tua ku. Sehingga aku mencecah umur 13 tahun. Ketika itu aku merasa dunia semakin luas dan aku berkenalan dengan seorang remaja yang lebih tua dari ku. Remaja itu hanya ku kenali dengan nama Ijal (bukan nama sebenar). Semenjak aku mengenali ijal, aku merasakan seperti orng yang mempunyai kekuatan untuk menunjuk kan diriku yang sebernanya. Aku mula suka membuli pelajar2 di sekolah, dan juga melanggar peraturan sekolah. Walaupun sering kali di tangkap oleh guru disiplin tapi aku tetap dengan sikap nakal itu. Bila aku menjejak kaki di tingkatan 3 aku mula mengenali satu geng yang di kenali sebagai  puaka (geng kongsi gelap). Di situ lah aku mula mengenali erti kebebasan yang ingin aku rasai selama ini. Aku mula  mengenali rokok, arak, judi, wanita dan juga dadah. Aku hanya pulang ke rumah 1 kali dalam seminggu, tetapi kedua orng tua ku tidak pernah bertanya kemana aku pergi. Walau pun aku dapat merasai semua itu, namun jauh di satu sudut hati ku masih ada rasa ingin merasai kasih syng orng tua. Pada 21.3.2003, ayah ku telah pergi selama nya kerana terlibat kemalangan jalan raya. Itu lah hari yang paling sedih dalam diri ku walaupun ayah ku tidak pernah memberi kasih sayang kepada ku. Kegiatan aku dalam kumpulan puaka , berterusan sehingga aku tamat di tingkatan 5. Sebaik saja aku meningalkan alam persekolahan, aku terus menjadi aktif dalam kumpulan puaka bersama ijal. Aku pernah terlibat dalam penjualan dadah, merempit, meragut, dan mencuri kenderaan orng lain sehinnga aku dan ijal di berkas oleh pihak polis. Aku dijatuh kan hukuman 3 tahun penjara dan ijal pulak dijatuh kan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara ijal bnyak menceritakan kisah diri nya kepada ku. Baru lah aku tahu yang ijal berubah kerana tidak pernah merasai kasih syng dari orng tua nya. Pada 14.6.2006 adalah hari terakhir aku melihat ijal, walaupun begitu, ijal sempat berkata pada ku supaya berubah dan tidak mengulangi tabiat yang lama. Itulah kata2 terakhir dari ijal. Setelah 3 tahun aku menjalani hukuman ,akhir nya aku di bebaskan. walaupun kumpulan puaka yang pernah aku ikuti satu ketika dahulu masih mengharap aku kembali kepada mereka, tapi aku tetap dengan janji aku pada ijal untuk berubah. Akhir nya aku membuat keputusan untuk mengikuti latihan Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang bertempat di selangor dibawah pentakbiran Yayasan Amal Malaysia. Semenjak dari itu, aku lebih merasai ketenangan yang selama ini ku cari. Kini aku berpesan kepada ibu bapa atau anak-anak, jangan sesekali jadi kan kekurang itu alasan untuk kita mencari jalan yang singkat. Hargai apa yang ada pada kita walaupun kita tidak merasa. Sekian Terima Kasih.